Español, Introducción, Descripción general (fig. 1) – Philips Robot de cuisine Manuel d'utilisation

Page 36: Importante

Advertising
background image

hati terutamanya apabila anda mengeluarkan kandungan mangkuk

atau balang pengisar.
awas

- Jangan matikan perkakas dengan memutarkan balang

pengisar, mangkuk atau tudung mangkuk. Sentiasa matikan perkakas

dengan memutarkan pemilih kelajuan kepada 0.

- Matikan perkakas sebelum anda menanggalkan sebarang aksesori.

- Cabutkan plag sebaik sahaja selesai penggunaan.

- Sentiasa cabut plag sebelum menyentuh ke dalam jar pengisar

menggunakan jari-jari anda atau benda (seperti spatula).

- Tunggu sehingga bahagian yang bergerak berhenti bergerak sebelum

anda menanggalkan tudung mangkuk atau balang.

- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari

pengilang lain atau yang tidak disarankan secara khusus oleh Philips.

Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang sedemikian,

jaminan anda akan dibatalkan.

- Jangan isi sehingga melebihi paras maksimum pada balang

dan mangkuk.

- Rujuk jadual dalam manual pengguna ini untuk kuantiti dan masa

pemprosesan yang betul.

- Setengah bahan boleh menyebabkan perubahan warna pada

permukaan bahagian. Ini tidak mempunyai kesan negatif terhadap

bahagian tersebut. Perubahan warna selalunya hilang setelah tempoh

masa tertentu.

- Jangan sekali-kali isi balang pengisar atau mangkuk pemproses

makanan dengan bahan yang lebih panas daripada 80ºC.

- Jika anda menggunakan balang pengisar untuk memproses cecair

panas, sentiasa letakkan tudung pada balang untuk mengelakkan lecur

yang disebabkan oleh cecair panas terpercik ke luar balang.

- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.

Medan Elektro Magnet (EMF)

Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan

medan elektromagnet (EMF). Jika dikendalikan dengan betul

dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk

digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.

BaHasa MElayu

36

Ciri keselamatan
Kunci keselamatan binaan dalam

Ciri ini memastikan bahawa anda hanya boleh menghidupkan perkakas

jika anda telah memasang balang pengisar atau mangkuk dengan betul

pada unit motor dan tudung dengan betul ke atas mangkuk. Jika balang

pengisar atau mangkuk dan tudungnya dipasang dengan betul (lihat bab

‘Menggunakan perkakas’), kunci keselamatan terbina dalam akan terbuka

kuncinya.

sebelum penggunaan pertama

Bersihkan dengan rapi semua bahagian yang bersentuhan dengan

makanan sebelum anda menggunakan perkakas buat kali pertama (lihat

bab ‘Membersihkan’).

Menggunakan perkakas

am

- Perkakas ini dilengkapi kunci keselamatan terbina dalam yang

menghalangnya daripada berfungsi jika balang pengisar atau mangkuk

pemproses makanan dan tudungnya tidak dipasang dengan betul.
Pemproses makanan

1

Letak mangkuk pada unit motor (1) dan putarkannya mengikut arah

jam untuk menetapkannya (2) (Gamb. 2).

Nota: Mangkuk dipasang dengan betul apabila pemegangnya berada

tepat di atas simbol kunci tertutup.

2

Letakkan pemegang alat bersama aksesori yang dikehendaki dalam

mangkuk (unit mata pisau, aksesori menguli, cakera mengemulsi atau

pemegang sisipan dengan salah satu sisipan). Lihat bahagian yang

sewajarnya di bawah.

3

Apabila anda menggunakan unit mata pisau atau aksesori menguli,

masukkan bahan yang hendak diproses ke dalam mangkuk.

Nota: Jangan isi mangkuk melebihi penunjuk MAX.

Advertising