Philips Robot de cuisine Manuel d'utilisation

Page 53

Advertising
background image

BaHasa MElayu

53

Resipi

sup sayur berkhasiat dari Budapest

Ramuan:

Untuk dikisar di dalam pengisar:

- 240g kolrabi

- 240g ubi kentang

- 360g daun saderi

- 120g lobak merah

- air (isi sehingga penunjuk 1.5-liter)

Untuk ditambah semasa memasak:

- 150g dal (dari tin)

- 150g daging babi yang disalai

- 190g crème fraîche

- 15g pasli

- garam

- lada putih segar

- 1.5 kiub rebusan

- 2 daun salam

1

Pasang balang pengisar pada unit motor. Masukkan kohlrabi, ubi

kentang, saderi, lobak merah dan air ke dalam pengisar dalam

turutan ini. Kisar bahan selama 10 saat pada kelajuan yang sesuai

dengan pengisar untuk mendapatkan sup yang kasar atau lebih lama

untuk sup yang lebih halus.

2

Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan

didihkannya. Masukkan crème fraîche, dal, daging dan herba. Masak

selama 30 minit sambil mengacaunya selalu.

Sentiasa biarkan perkakas menjadi sejuk ke suhu bilik setelah anda

memproses dua kelompok.

doh piza

Ramuan:

- 240g tepung putih

- 1/2 sudu teh gula

- 1/2 sudu teh garam

- 1/2 paket yis segera

- 140g air suam

- 25g minyak

1

Letak pemegang alat ke dalam mangkuk dan letakkan aksesori

menguli pada pemegang alat.

2

Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk dan tambah air

dan minyak.

3

Tutup dan kunci tudung (‘klik’). Pilih kelajuan yang sepadan dengan

aksesori menguli dan biar perkakas berjalan sehingga doh telah

menjadi bola yang diadun dengan baik. Ini mengambil masa kira-kira

2 minit.

4

Letak doh ke dalam mangkuk, tutup dengan kain lembap dan

biarkan ia naik selama 40 minit sehingga ia telah menjadi dua kali

ganda lebih besar.

5

Tabur permukaan ruang kerja anda dengan tepung, golek doh dan

buat dua bes piza dan letakkannya di atas dulang pembakar yang

telah disapu dengan gris.

6

Tutup bes doh piza dengan sos tomato dan hias atas kegemaran

anda. Anda boleh menggunakan keju, ham, salami, bakon, cendawan,

ikan tuna, bawang, articok, lada benggala dll. Sapu sedikit oregano

dan tuang minyak zaitun ke atas piza dan bakarnya.

Petua: Anda boleh menggunakan cakera memayang untuk memayang lebih

kurang 200g keju (Parmesan atau Gouda).Letak pemegang alat ke dalam

mangkuk dan letak cakera memayang pada pemegang alat. Tutup dan kunci

tudung (‘klik’). Potong keju menjadi kepingan yang muat ke dalam tiub

suapan dan mayang keju.

salad timun dengan sos yogurt

Ramuan:

- 1 timun

- 2 cawan daun parsli

- 1 cawan yogurt asli

- 1 sudu besar mustard

- Garam dan lada hitam ikut rasa

Advertising