Philips Robot de cuisine Manuel d'utilisation

Page 52

Advertising
background image

52

Jaminan & servis

Jika anda memerlukan servis atau maklumat atau jika anda mengalami

masalah, sila lawati tapak web Philips di www.philips.com atau hubungi

Pusat Penjagaan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh

mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika

tiada Pusat Penjagaan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar

Philips di tempat anda.

Menyelesaikan masalah

Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi

dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan

maklumat di bawah, hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan Philips di negara

anda.

Masalah

Penyelesaian

Apabila saya

memilih kelajuan

atau menekan

butang denyut/

Bersih Mudah,

perkakas tidak

mula beroperasi.

Pastikan pemproses makanan atau balang

pengisar dan tudungnya telah dipasang dengan

betul (‘klik’).Pastikan pemegang alat telah

dimasukkan dengan betul jika anda menggunakan

sebarang aksesori bersama mangkuk pemproses

makanan. Jika anda menggunakan balang pengisar,

pastikan pemegang pengisar menunjuk kepada

salah satu daripada empat sudut unit motor. Biar

tudungnya tetap tertutup untuk mengelakkan

tumpahan. Jika anda menggunakan pemproses

makanan, pastikan pemegang mangkuk berada

tepat di atas simbol kunci tertutup. Tudung

mangkuk dipasang dengan betul apabila unjuran

terkunci ke dalam slot pemegang mangkuk. Jika

semua bahagian dipasang dengan betul, perkakas

akan mula beroperasi apabila anda memilih

kelajuan dengan pemilih kelajuan atau menekan

butang denyut/Bersih Mudah.

Masalah

Penyelesaian

Jika

perkakas berhenti

berjalan tiba-tiba.

Pematian keselamatan terma mungkin telah

mematikan bekalan kuasa kepada perkakas kerana

perkakas telah menjadi terlampau panas. 1) Cabut

plag perkakas. 2) Biar perkakas menjadi sejuk

selama 1 hour. 3) Masukkan plag utama ke dalam

soket. 4) Hidupkan perkakas sekali lagi.

Saya telah memilih

kelajuan yang

salah untuk alat

tambahan yang

saya hendak

gunakan.

Periksa warna alat tambahan dan pilih kelajuan

yang sepadan dengan pemilih kelajuan.

Cakera

mengemulsi,

pemukul

belon atau

aksesori menguli

tidak boleh

berputar.

Pastikan cakera mengemulsi, pemukul belon atau

aksesori menguli dipasang dengan betul pada

pemegang alat. Pastikan juga bahawa mangkuk

pemproses makanan dan tudungnya dipasang

dengan betul (‘klik’).

Apabila saya

memilih kelajuan

untuk penekan

sitrus, perkakas

tidak berfungsi.

Pastikan pemegang alat telah dimasukkan dengan

betul. Pastikan unjuran pada penyaring dikunci

dalam slot pemegang mangkuk. Apabila unjuran

terkunci ke dalam slot, perkakas mula beroperasi

apabila anda memilih kelajuan yang betul.

Penyering

penekan

sitrus rosak.

Jika penyaring rosak, jangan gunakan penekan

sitrus lagi. Hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips

di negara anda (anda akan mendapatkan nombor

telefonnya dalam buku jaminan serata dunia) untuk

memesan penyaring baru. Jika tiada Pusat Layanan

Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar

Philips tempatan anda.

BaHasa MElayu

52

Advertising