Philips Robot de cuisine Manuel d'utilisation

Page 48

Advertising
background image

48

Petua

- Jika anda mencincang bawang, tekan butang denyut/Bersih Mudah

beberapa kali untuk menghalang bawang dicincang terlalu

halus. (Gamb. 14)

- Jangan biarkan perkakas berjalan terlalu lama apabila anda mencincang

keju (keras) atau coklat. Jika tidak bahan-bahan ini akan menjadi terlalu

panas, mula cair dan menjadi berketul-ketul.

- Jangan gunakan unit pisau untuk mencincang bahan yang sangat keras

seperti biji kopi, kunyit, buah pala dan kiub ais, kerana ini mungkin

menyebabkan pisau menjadi tumpul.

- Masa memproses biasa untuk semua tugas mencincang ialah 30-60

saat.

- Jika makanan melekat pada pisau atau pada dinding mangkuk, matikan

perkakas dan cabut plagnya. Kemudian gunakan spatula untuk

mengeluarkan makanan tersebut daripada pisau atau daripada dinding

mangkuk.
aksesori menguli

Anda boleh menggunakan aksesori menguli untuk menguli doh yis untuk

roti dan piza.

Masa memproses biasa untuk semua tugas menguli ialah 30-180 saat.

1

Letakkan pemegang alat dalam mangkuk (Gamb. 9).

2

Letak aksesori menguli pada pemegang alat. (Gamb. 15)

Nota: Sentiasa letakkan pemegang alat dengan aksesori menguli dalam

mangkuk sebelum anda menambah bahan.

3

Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk (Gamb. 16).

4

Letak tudung di atas mangkuk (1). Putarkan tudung mengikut arah

jam (2) untuk menetapkannya (‘klik’) (Gamb. 17).

5

Letak penolak di dalam tiub suapan.

6

Pilih kelajuan yang sepadan dengan warna aksesori (Gamb. 13).

7

Apabila anda telah selesai memproses, putarkan pemilih kelajuan

pada 0 dan cabut plag perkakas (Gamb. 4).

Cakera hirisan dan memayang

Jangan proses bahan keras seperti kiub ais dengan cakera tersebut.

Pinggir pemotong cakera sangat tajam. Jangan sentuhnya.

1

Letakkan pemegang alat dalam mangkuk (Gamb. 9).

2

Letak cakera yang dikehendaki (hirisan atau

memayang) pada pemegang alat (Gamb. 18)

3

Letak tudung di atas mangkuk (1). Putarkan tudung mengikut arah

jam (2) untuk menetapkannya (‘klik’) (Gamb. 19).

4

Letak bahan dalam tiub suapan. (Gamb. 20)

- Potong bahan yang besar menjadi ketulan yang muat tiub suapan.

- Isi tiub suapan sama rata untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

- Apabila anda perlu memproses jumlah bahan yang besar, proses

dalam kelompok yang kecil dan kosongkan mangkuk antara

kelompok-kelompok itu.

- Jika bahan yang anda akan mayang atau hiris mempunyai diameter

yang kecil, letakkan penolak luar ke dalam tiub suapan untuk

menjadikan tiub suapan itu lebih kecil. Kemudian gunakan penolak

dalam untuk menolak bahan ke dalam tiub suapan.

5

Pilih kelajuan yang sepadan dengan warna aksesori (Gamb. 13).

6

Tekan penolak dengan perlahan ke atas bahan di dalam tiub suapan.

7

Apabila anda telah selesai memproses, putarkan pemilih kelajuan

pada 0 dan cabut plag perkakas (Gamb. 4).
Petua

- Apabila anda memayang atau memotong kecil bahan-bahan yang

lembut, gunakan kelajuan rendah untuk mengelakkan bahan daripada

menjadi puri.

- Jangan biarkan perkakas berjalan terlalu lama apabila anda memayang

keju (keras). Jika anda berbuat demikian, keju menjadi terlalu panas,

mula cair dan menjadi berketul.

BaHasa MElayu

48

Advertising