Petua, Pembersihan – Philips Aluminium Collection Centrifugeuse Manuel d'utilisation

Page 33

Advertising
background image

Menggunakan perkakas

Perkakas ini hanya berfungsi jika semua bahagian dipasangkan dengan betul dan tudungnya dikunci

dengan betul pada tempatnya dengan pengapit.

1

Basuh buah-buahan dan/atau sayuran dan potongkan kepada bahagian-bahagian yang dapat

muat ke dalam tiub suapan. (Gamb. 7)

2

Pastikan jag jus diletak di bawah muncung dan muncung berada dalam kedudukan menghala

ke bawah.

3

Putarkan tombol kawalan pada tetapan 1 (kelajuan rendah ) atau 2 (kelajuan biasa) untuk

menghidupkan perkakas. (Gamb. 8)

- Kelajuan 1 sesuai khususnya untuk buah-buahan dan sayuran lembut seperti tembikai, anggur,

tomato, timun dan raspberi.

- Kelajuan 2 sesuai untuk semua jenis buah-buahan dan sayuran.

, Lampu kelajuan yang bersamaan menyala.

4

Masukkan kepingan yang telah dipotong ke dalam tiub suapan dan tekan perlahan-lahan ke

bawah ke arah penuras berputar dengan menggunakan penolak (Gamb. 9).

Jangan tekan penolak dengan terlalu kuat, kerana ini boleh menjejaskan mutu hasil akhir. Malah boleh

juga menyebabkan penuras terhenti.
Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau apa-apa objek ke dalam tiub suapan.
Selepas anda memproses semua ramuan dan aliran jus telah berhenti, matikan perkakas dan tunggu

sehingga turas berhenti berputar.

5

Tolak muncung ke atas untuk mencegah jus daripada menitis keluar daripada muncung.

6

Luncurkan pemisah busa ke dalam jag jus (1) dan letakkan tudung pada jag jus (2). Dengan

cara ini, busa tertinggal di dalam jag apabila anda menuang keluar jus. (Gamb. 10)

Nota: Jika anda mahukan minuman dengan lapisan busa, jangan gunakan pemisah busa.
Nota: Jika anda hendak menyimpan jus di dalam peti sejuk, pastikan tudung berada pada jag jus.

Petua

- Gunakan buah-buahan dan sayuran segar kerana kandungan jusnya lebih banyak. Nanas, akar

manis, batang saderi, epal, timun, lobak merah, bayam, tembikai, tomato, delima, oren dan anggur

sangat sesuai untuk diproses di dalam pemerah jus.

- Anda tidak perlu mengupas kulit buah yang nipis. Hanya kulit tebal, contohnya kulit buah oren,

nanas dan akar manis yang tidak dimasak perlu dikupas. Empulur putih buah-buahan sitrus juga

perlu dikupas kerana rasanya pahit.

- Semasa memerah jus epal, ingat bahawa kepekatan jus epal bergantung pada jenis epal yang

anda gunakan. Epal yang lebih berjus memberikan jus yang lebih cair. Pilih jenis epal yang

menghasilkan jenis jus yang anda suka.

- Jus epal berubah warna menjadi perang dengan cepat. Anda boleh melambatkan proses ini

dengan menambahkan beberapa titis jus lemon.

- Buah-buahan yang mengandungi kanji, seperti pisang, betik, avokado, buah tin dan mangga tidak

sesuai untuk diproses di dalam pemerah jus. Gunakan pemproses makanan, pengisar atau

pengisar bar untuk memproses buah-buahan ini.

- Dedaun dan batang dedaun salad, contohnya, juga oleh diproses di dalam pemerah jus.

- Minum jus serta-merta selepas diperah. Jika ia didedahkan kepada udara untuk beberapa waktu,

jus akan kehilangan rasa dan nilai pemakanannya.

- Untuk memerah isi padu maksimum jus, tekan penolak ke bawah dengan perlahan-lahan.

- Pemerah jus tidak sesuai untuk memproses buah-buahan atau sayuran yang sangat keras dan/

atau yang berserat/berkanji seperti tebu.

BaHasa MElayu

33

Advertising