Philips Blender Manuel d'utilisation

Page 29

Advertising
background image

Kunci keselamatan binaan dalam

Ciri ini memastikan bahawa anda hanya boleh menghidupkan perkakas jika anda telah memasang

balang pengisar atau bikar pengisar dengan betul pada unit motor. Jika balang pengisar atau bikar

pengisar dipasang dengan betul, kunci keselamatan terbina dalam akan dibuka kuncinya.

Sistem keselamatan pemutus litar

Perkakas ini dilengkapi sistem keselamatan pemutus litar. Jika motor menjadi terlalu panas,

perkakas akan mati secara automatik.

Jika ini adalah kesnya, ikut langkah-langkah di bawah ini:

1

Cabut plag perkakas dan biarkan sejuk selama beberapa minit.

2

Tekan butang set semula pada bahagian bawah unit motor (Gamb. 1).

3

Masukkan plag utama ke dalam soket dinding. Anda kini boleh menghidupkan perkakas ini

semula.

Perihalan umum (Gamb. 2)

A Cawan penyukat

B Penutup balang pengisar

C Balang pengisar

D Penunjuk paras

E Gegelang kedap

F Unit pisau

G Unit motor

H Panel kawalan

- Butang kelajuan (1 dan 2)

- Butang denyut/mati

I Penuras (HR2027 sahaja)

J Bikar pengisar

K Gegelang kedap pengisar

L Unit pisau pengisar

M Butang set semula

sebelum penggunaan pertama

Bersihkan dengan menyeluruh semua bahagian yang bersentuhan dengan makanan sebelum anda

menggunakan perkakas buat kali pertama (lihat bab ‘Membersihkan’).

Menggunakan perkakas

Anda boleh melaraskan panjang kord dengan menggulungkan sebahagian daripadanya pada

gelendong di bahagian bawah tapak. Lalukan kord melalui slot dalam tapak.

Pengisar

Pengisar ini dimaksudkan untuk memuri halus, mencincang, dan mengisar. Dengan menggunakan

pengisar ini, anda boleh menyediakan sup, sos dan susu kocak. Anda boleh juga menggunakan

pengisar untuk mengisar sayur, buah, daging, bater penkek dll.

Menyediakan pengisar untuk digunakan

1

Pasangkan gegelang kedap pada unit pisau pengisar (Gamb. 3).

2

Letakkan unit pisau di bahagian bawah balang pengisar (1). Ketatkan unit pisau melawan arah

jam (2) sehingga anda tidak dapat memutarkannya lagi. (Gamb. 4)

BaHasa MElayu

29

Advertising