Philips Blender Manuel d'utilisation

Page 28

Advertising
background image

- Untuk mencegah tumpahan, jangan masukkan lebih daripada 1.5 liter cecair ke dalam balang

pengisar, lebih-lebih lagi apabila anda mengisar pada kelajuan tinggi. Jangan masukkan lebih

daripada 1liter ke dalam balang pengisar apabila anda memproses cecair panas atau bahan yang

mudah berbuih.

- Jika makanan melekat pada dinding balang pengisar, matikan perkakas dan cabut plagnya.

Kemudian gunakan spatula untuk mengeluarkan makanan tersebut dari dinding.

- Sentiasa pastikan tudung dipasang dengan betul pada balang dan cawan penyukat dimasukkan

dengan betul ke dalam tudung sebelum anda menghidupkan perkakas ini.

- Jangan sekali-kali terlupa untuk memasukkan gelang kedap ke dalam unit mata pisau sebelum

anda memasang unit mata pisau pada balang pengisar, kerana jika tidak bocor akan berlaku.

- Jangan biarkan perkakas berjalan selama lebih daripada 3 minit pada sesuatu masa. Biarkan ia

menyejuk ke suhu bilik antara kitaran pemprosesan.

- Sentiasa biarkan perkakas menyejuk ke suhu bilik antara kitaran pemprosesan.

Pengisar kering
amaran

- Jangan sekali-kali menggunakan pengisar untuk mengisar bahan-bahan yang sangat keras seperti

buah pala, gula-gula keras dan ketulan ais.

- Jangan sentuh mata pisau pemotongan pada unit pisau pengisar apabila anda membersihkannya.

Ia sangat tajam dan jari anda boleh terpotong dengan mudah.
Awas

- Jangan sekali-kali menggunakan pengisar lebih daripada 30 saat tanpa gangguan. Biarkan pengisar

menyejuk ke suhu bilik antara kitaran pemprosesan.

- Jangan sekali-kali lupa menempatkan gelang pengedap di dalam unit mata pisau sebelum

memasang balang pengisar. Jika tidak, bocor akan berlaku.

- Bunga cengkih, bunga lawang dan jintan manis hendaklah diproses bersama-sama dengan bahan-

bahan lain setiap kali. Jika diproses berasingan, bahan-bahan ini mungkin akan meninggalkan kesan

ke atas bahan-bahan plastik perkakas ini.

- Bikar pengisar mungkin berubah warna apabila pengisar digunakan untuk memproses bahan-

bahan seperti bunga cengkih, jintan manis dan kayu manis.

- Pengisar tidak sesuai digunakan untuk mencincang daging mentah. Gunakan blender untuk tujuan

ini.

- Jangan gunakan pengisar untuk memproses cecair seperti jus buah-buahan.

Penuras (HR2027 sahaja)
Awas

- Jangan sekali-kali menggunakan penapis untuk memproses bahan-bahan yang lebih panas

daripada 80 C.

- Jangan sekali-kali membebankan penuras berlebihan. Jangan masukkan lebih daripada 70g kacang

soya kering atau 150g buah ke dalam penuras pada waktu yang sama.

- Sentiasa pastikan tudung dipasang dengan betul dan cawan penyukat dimasukkan dengan betul

ke dalam tudung sebelum anda menghidupkan perkakas ini.

- Potong buah menjadi kepingan lebih kecil sebelum memasukkannya ke dalam penapis.

- Rendam bahan kering, seperti kacang soya, sebelum memasukkannya ke dalam penapis.

Medan elektromagnet (EMF)

Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas

ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk

digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.

BaHasa MElayu

28

Advertising