Awas – Philips Sèche-cheveux Manuel d'utilisation

Page 27

Advertising
background image

- Periksa dengan kerap keadaan kord utama. Jangan gunakan perkakas

jika plag, kord utama atau perkakas rosak.

- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis

yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi

mengelakkan bahaya.

- Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang

(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau

mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka

diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh

orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

- Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak

bermain dengan perkakas itu.
awas

- Untuk perlindungan tambahan, kami mengesyorkan agar anda

memasang peranti arus baki (RCD) dalam litar elektrik yang

membekali bilik air. RCD ini mesti mempunyai arus pengoperasian

baki berkadar yang tidak melebihi 30mA. Mintalah nasihat daripada

juru pemasang anda.

- Jangan menghalangi gril udara.

- Jika perkakas menjadi terlampau panas, ia akan terpadam secara

automatik. Cabut plag perkakas dan biarkannya menyejuk selama

beberapa minit. Sebelum menghidupkan perkakas sekali lagi untuk

memastikan gril tidak tersumbat dengan bulu halus, rambut, dll.

- Sentiasa matikan perkakas sebelum meletakkannya, walaupun untuk

seketika.

- Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.

- Jangan lilit kord sesalur mengelilingi perkakas.

- Jangan gunakan perkakas pada rambut palsu.

- Jangan gunakan perkakas ini untuk sebarang tujuan selain daripada

yang dimaksudkan.

- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari

pengilang lain atau yang tidak disarankan secara khusus oleh Philips.

Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang sedemikian,

jaminan anda akan dibatalkan.

BaHasa MElayu

27

Advertising