Philips Sonicare FlexCare Platinum Brosse à dents rechargeable Manuel d'utilisation

Page 74

Advertising
background image

Mengeluarkan bateri boleh cas semula

Proses ini tidak boleh dibalikkan semula.

Untuk mengeluarkan bateri boleh cas semula, anda

memerlukan pemutar skru kepala rata (standard).

Ikuti langkah berjaga-jaga asas semasa anda mengikuti

prosedur yang diterangkan di bawah. Pastikan anda

melindungi mata, tangan, jari dan permukaan tempat

anda melakukannya.

1

Keluarkan berus gigi dari pengecas, hidupkan

dan biarkannya beroperasi sehingga ia berhenti.

Teruskan menghidupkan Sonicare sehingga

bateri benar-benar kosong.

2

Masukkan pemutar skru kepala rata (standard)

ke dalam slot di bahagian bawah pemegang.

Putar pemutar skru melawan arah jam untuk

membuka penutup bawah.

3

Tempatkan pemegang di atas permukaan yang

kukuh dalam keadaan butang menghadap ke

atas, lalu ketik perumah dengan lembut 2.5cm

dari pinggir bawah dengan penukul.

4

Pegang pemegang secara terbalik dan tekan

aci ke bawah untuk melepaskan komponen

dalaman pemegang.

5

Masukkan pemutar skru di bawah papan

litar, bersebelahan dengan sambungan bateri

lalu putar untuk memutuskan sambungan.

Keluarkan papan litar dan umpil bateri dari

pembawa plastik.

BAHASA MELAYU

74

Advertising