Medan elektro magnet (emf), Sistem keselamatan, Pelindung lampau panas – Philips Mixeur plongeant Manuel d'utilisation

Page 54

Advertising
background image

- Jangan buka atau melitar pintaskan bateri. Lindungi bateri daripada

kebakaran, haba dan cahaya matahari langsung.

- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari

pengilang lain atau yang tidak disarankan secara khusus oleh Philips.

Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang sedemikian,

jaminan anda akan dibatalkan.

- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.

- Jika bahan terlekat pada dinding balang atau mangkuk pencincang,

matikan perkakas dan leraikannya dengan spatula atau dengan

menambah cecair.

- Jangan isi balang atau mangkuk pencincang dengan bahan yang lebih

panas daripada 80°C.

- Jangan memproses lebih dari dua kelompok tanpa henti seketika.

Biarkan perkakas menyejuk ke suhu bilik sebelum anda meneruskan

pemprosesan.
Medan Elektro Magnet (EMF)

Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan

medan elektromagnet (EMF). Jika dikendalikan dengan betul

dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk

digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.

sistem keselamatan

Perkakas dilengkapi sistem keselamatan yang terbina dalam. Perkakas

hanya berfungsi jika anda menekan dan menahan butang keselamatan

sambil anda menekan butang hidup/mati. Lepaskan butang keselamatan

apabila perkakas mula beroperasi. Sebaik sahaja anda melepaskan butang

hidup/mati, sistem keselamatan ditetapkan semula pada kedudukan mati

untuk melindungi perkakas daripada dikendalikan secara tidak mengaja.

Jika anda menekan hanya butang hidup/mati, lampu pengecasan menyala

merah untuk menunjukkan bahawa sistem keselamatan sedang aktif.

Pelindung lampau panas

Perkakas dilengkapi dengan pelindung lampau panas yang terbina dalam.

Jika anda memproses beban yang berat, unit motor mungkin menjadi

panas. Jika ini berlaku, sistem keselamatan terbina dalam akan mematikan

perkakas dan lampu pengecasan akan menyala merah. Biar perkakas

menjadi sejuk sebelum anda terus menggunanya.

BaHasa MElayu

54

Advertising